Kiah Pemuda Beribu-Bapakan Babi
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang
itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun
dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah
beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia
masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia
keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya
dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi
Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi
babi yang bodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu
urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang
tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku. ", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu
kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu
di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya.
Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami
naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud :
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka
Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka
telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun
hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa
kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua
ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan
penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua
ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya
bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua
ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang
terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat

0 Komentar